Friday, August 4, 2017

Blog Cerpenis Berkarya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Maaflah sebab sudah lama tidak menulis di sini. Kekangan masa membuatkan saya jarang-jarang menulis di blog ini. Tetapi saya masih lagi menulis di medium lain. Menulis di blog Bila Aku Bercerita. Blog itu lebih kepada kisah peribadi. Kemudian sibuk menyiapkan cerpen yang perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Selain itu saya sibuk menguruskan blog cerpenis ini bersama empat orang admin yang lain. Blog dan emel diselenggara oleh saya sepenuhnya, Itulah salah satu sebab kesibukan saya dan sekarang kembali menulis di Zcoop Zalora Magazine.


Jadi, untuk cerpenis atau sesiapa sahaja yang minat menulis, boleh cuba menghantar nukilan anda di emel yang tertera di blog itu. Sebagai sokongan anda semua, sudi kiranya mengikut blog tersebut. Sekadar menunjukkan tanda sokongan anda terhadap dunia penulisan.

Laman sesawangnya boleh klik di SINI. Segala jasa baik kalian, amatlah saya hargai. Boleh baca juga cerpen pilihan mingguan yang telah disiarkan jumaat lepas bertajuk Janji Lebaran. Selamat membaca dan teruskan menulis! Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim






Monday, January 9, 2017

Jarak Memisahkan

Jarak.
Membuatkan kita jauh,
Pepatah Melayu kata,
Jauh di mata tetapi dekat di hati.

Jarak.
Membuatkan kita terpisah,
Pepatah Melayu kata,
Biar jauh beribu batu, hilang di mata di hati jangan.

Jarak.
Bukan akhir dari segalanya.
Fizikal sahaja yang terpisah.
Namun jangan sampai memisahkan jarak perasaan kita.

~Fyda Adim~



Friday, November 18, 2016

Manusia Tetap Manusia

Assalamualaikum.

Salam jumaat. Pembuka bicara pagi ini untuk blog yang suam-suam kuku. Semangat nak menulis tu masih menari-nari dalam diri. Tetapi kekangan masa membuatkan semangat itu mengendur dan terkendur.

Biasalah manusia kan.
Untuk sempurna semua perkara dalam satu masa adalah mustahil.

Manusia tetap manusia.
Manusia itu lemah.
Yang Maha Sempurna cuma satu.
Allah.

Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.
Berbuat silap mohonlah kemaafan dan keampunan.
Moga tidak diulang kesilapan lalu.
Mohon agar hati tidak berbolak-balik untuk melakukan kesilapan lalu.

Maka, sesiapa yang ada berbuat kesilapan lalu bersungguh memohon kemaafan, pasti akan kuhulurkan.
Tidak ada alasan untuk aku menolak.
Tidak ada alasan untuk aku tidak memaafkan.
Manalah tahu.
Satu hari nanti aku pula yang memerlukan kemaafan.

Sebab apa?

Kerana aku benar-benar tahu.
Sungguh tidak ada sesiapa yang sempurna.
Tidak ada.

Tidak aku.
Tidak engkau.
Dan tidak mereka.
Kerana manusia tetap manusia.

Salam kemaafan,
Fyda Adim


Thursday, November 17, 2016

Usah Bersedih

Jika sedih, menangislah!
Tak mengapa.

Menangislah sepuasnya.
Menangis akan buat kau lega.


Sedih itu perkara biasa.
Cuma kau jangan bersedih terlalu lama 
sehingga kau korbankan rasa bahagia kau di dunia.
Tapi jangan lupa.
Baiki balik apa yang dah nak rebah.
Apa dia?

Hubungan kau dengan Allah.

Untuk hari ini, satu saja yang kau kena buat.
Lap air mata dan jalani hidup kau macam biasa.
Tak mengapa kalau peritnya masih terasa.
Tak mengapa kalau sakitnya masih ada.
Tak mengapa.

Itu semua mula-mula sahaja.
Lama-lama nanti, kau akan biasa.

Kau bisa lali dengan semuanya.
Apa yang kau perlukan hanyalah bersabar.

Sabar itu indah.

Sabar itu penyejuk hati.
Jadi, cubalah bertahan.
Cubalah bersabar selagi boleh.

Selagi termampu.

Ingatlah.
Dalam hidup kau, bukan hanya ada perasaan.
Bahkan, ada Tuhan!




Soal Hati

Hati.
Perlu dijaga.

Ya.
Hati itu perlu dijaga.
Hati itu akan menunjukkan siapa diri kita kelak.
Siapa kita sebenarnya.
Yang membentuk peribadi kita, ibarat cerminan diri kita.

Hati.
Jaga-jaga.
Sekali kalau sudah terluka, pasti selamanya terasa.
Jangan biarkan hati itu menghitam.
Kerana hati itu mahal
Kerana di situlah tempat Allah melihat kita,
bukan pada rupa kita.

Makanya,
Jaga-jaga dengan hati.
Kerana hati itu satu.
Andai hati itu hancur, hilanglah semua rasa.
Maka, Jaga-jagalah dengan hati.
Semoga hati aku, hati kau dan kau sentiasa dijaga.

Salam dari hati,
Fyda Adim