Monday, August 28, 2017

Buku Antologi Cerpen Pertama

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Hai semua.

Setelah sekian lama blog ini dibiarkan tanpa pengawasan. Kesibukan melanda. Saya sibuk dengan blog yang satu lagi. Jadi kuranglah ke blog ini. Kemudian sibuk dengan rutin harian. Sebagai perkongsian, tahun ini saya keluar daripada mood hibernasi. Cerpen pertama yang disiarkan dalam Mingguan Wanita sudah masuk dua tahun. Tahun 2015 waktu itu. Kemudian saya menyepi.

Jadi tahun ini, saya kembali dengan menulis. Saya mula menulis dan menyertai antologi cerpen yang dianjurkan oleh Pena Padu. Tergerak mahu menulis cerpen. Saya muncul dengan cerpen pertama untuk tahun ini. Sebagai pembakar semangat pada diri sendiri.

Antologi Cerpen Tribunal Cinta
Inilah rupa buku antologi cerpen Tribunal Cinta.

Image may contain: 1 person, smiling
18 orang penukil yang mengukir kata cinta dalam antologi ini.

Cerpen Bayangan Cinta
Cerpen saya yang bertajuk Bayangan Cinta antaranya. Pada sesiapa yang mahu mendapatkan antologi ini boleh berhubung dengan saya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Friday, August 4, 2017

Blog Cerpenis Berkarya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Maaflah sebab sudah lama tidak menulis di sini. Kekangan masa membuatkan saya jarang-jarang menulis di blog ini. Tetapi saya masih lagi menulis di medium lain. Menulis di blog Bila Aku Bercerita. Blog itu lebih kepada kisah peribadi. Kemudian sibuk menyiapkan cerpen yang perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Selain itu saya sibuk menguruskan blog cerpenis ini bersama empat orang admin yang lain. Blog dan emel diselenggara oleh saya sepenuhnya, Itulah salah satu sebab kesibukan saya dan sekarang kembali menulis di Zcoop Zalora Magazine.


Jadi, untuk cerpenis atau sesiapa sahaja yang minat menulis, boleh cuba menghantar nukilan anda di emel yang tertera di blog itu. Sebagai sokongan anda semua, sudi kiranya mengikut blog tersebut. Sekadar menunjukkan tanda sokongan anda terhadap dunia penulisan.

Laman sesawangnya boleh klik di SINI. Segala jasa baik kalian, amatlah saya hargai. Boleh baca juga cerpen pilihan mingguan yang telah disiarkan jumaat lepas bertajuk Janji Lebaran. Selamat membaca dan teruskan menulis! Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim






Monday, January 9, 2017

Jarak Memisahkan

Jarak.
Membuatkan kita jauh,
Pepatah Melayu kata,
Jauh di mata tetapi dekat di hati.

Jarak.
Membuatkan kita terpisah,
Pepatah Melayu kata,
Biar jauh beribu batu, hilang di mata di hati jangan.

Jarak.
Bukan akhir dari segalanya.
Fizikal sahaja yang terpisah.
Namun jangan sampai memisahkan jarak perasaan kita.

~Fyda Adim~